Rabu, 1 April 2015

PPKI DISLEKSIA SK KAMIL(1) MENJADI RINTIS PENGAJARAN ROBOTIK DI SEKOLAH


           Berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang ada, PPKI SK Kamil (1) telah menjadi rintis mengadakan pembelajaran Robotik yang amat bersesuaian bagi menambah minat MBK untuk datang ke sekolah dan membantu perkembangan / minat untuk MBK belajar.

          Pengajaran Robotik bukanlah salah satu subjek tunggal tetapi adalah hasil daripada rentasan kurikulum samaada subjek Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini bermakna, katakan waktu PdP bagi suatu subjek adalah 60 minit, maka PdP akan berlangsung selama dalam masa 30 hingga 45 minit sahaja dan masa yang selebihnya akan dijadikan masa merekacipta Robotik.

          Sistem Robotik ini dipasarkan oleh syarikat SASBADI Malaysia yang mana peralatannya adalah keluaran LEGO. Ia didatangkan dengan peralatan asas robotik seperti komponen penyambungan, motor robot, mekanikal system, mikropengawal, pelbagai sensor, cd pemprogram robot dan bekalan kuasa.

          Bagi guru-guru yang tidak biasa dengan sistem robot, mungkin pada mereka agak sukar untuk mempelajarinya. Apatah lagi hendak mengajarnya kepada MBK. Pada kami di SK Kamil (1), itu tidak menjadi halangan kerana apa yang penting, bila ada kemahuan, di situ ada jalan. Sememangnya, MBK amat berminat untuk mempelajari robotik dan tidak sabar-sabar untuk memprogramkan robot mereka. Itulah yang terjadi di SK Kamil (1).

          Jika ada yang berminat, kami di SK Kamil (1) dengan sukacitanya ingin menolong. Ia bukan hanya dapat dijadikan satu aktiviti bermanfaat, tetapi boleh juga dijadikan aktiviti PPKI peringkat PPD atau negeri / negara. Siapa tahu PPKI pula boleh bersaing hebat dengan pelajar aliran perdana di dalam merekacipta sistem robotik. Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan